Thursday, June 23, 2011

AHLI AMK AKAN HANCURSKAN SENDIRI PKR DI LEMBAH PANTAI



Baru-baru ni ada jumpa kawan-kawan lama dan
sembang-sambang dengan diaorang adalah cerita
tidak puas hati dan marah pun ada ,
Beberapa orang teman AMK sudah pun membuat pertemuan
sebelum ni di kedai2 kopi dlm kawasan lembah pantai
dalam sembang-sembang itu ahli AMK lain lepak sekali
dia orang ini sudah mula bercakap ketidak kepuasan hati mereka
terhadap Yb Nurul Izzah, dalam sembang-sembang itu ramailah
hadir ada juga kawan-kawan lama yang dulunya kuat refomasi.

Pertemuan mereka ini adalah pertemuan biasa ja,
dalam sembang-sembang tu ada Ahli AMK bersuara
kata tak percaya kepimpinan NURUL DI LEMBAH PANTAI ini,
AMK dah bosan dgn PKR ni kerana asik bercakap-cakap ja
dan dalam ceramahnya asik bohong dan fitnah sesuka hati,
yang rasa tak sedap tu bila ceramah asik cerita masalah bapak dia ja
semua orang dalam pakatan rakyat dah naik bosan, ada yang kata
bila nak tolong rakyat dan buat kecoh huru-hara pandai
bagi kecoh dalam negara pastu burukan negara
itulah kerjanya parti anak beranak ni.

Akhirnya rakyat menderita apa kerja pun tak buat
apa yang dijanjikan tidak di kotakan .
Ini lah nasibnya orang-orang kuat AMK di lembah pantai
Selaku penyokongnya yang kuat di Lembah Pantai dan Rakan-rakan AMK yang setia
bersama Izzah dalam hujan dan panas. Dalam susah dan senang.
Dalam suasana tenang atau gawat AKHIRNYA MEREKA INI DI ABAIKAN
SAMPAI ADA YG DAH LARI MINTAK TOLONG DENGAN orang UMNO pun ada
AHLI AMK DI LEMBAH PANTAI BERTEKAD AKAN MENHACURKAN PKR DI LEMBAH PANTAI
KALAU PILIHANRAYA AKAN DATANG MEREKA NI AKAN PASTIKAN PRK AKAN LUMPUH di LEMBAH PANTAI
DAN KALAH TERUK SEHINGGA KAN BERKUBUR, ITU YANG DI LAFASKAN OLEH AHLI AMK
DI LEMBAH PANTAI.

Thursday, December 30, 2010

ApaKataPAS bila Shah Alam menganjurkan Konvensyen Mari Masuk Kristian di bulan Ramadhan??!!

Teman nak tanya pada penyokong-penyokong PAS.

Apa kata penyokong PAS bila Shah Alam, bandar yang dulunya majoriti besar Islam-Melayu semasa zaman BN-UMNO, kini akan menganjurkan Majlis Mari Masuk Kristian pada 4 September nanti iaitu di minggu terakhir Ramadhan yang mulia?

Yang sedihnya, ia bukan akan dianjurkan di kawasan terpencil atau di gereja kecil, tapi nah, di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Majlis ini mengajak semua untuk sama-sama mengalami dan menyertai Kristian. ("come experience and join us", kata posternya. Tapi siapa yang diajaknya?? Berapa ramai orang Kristian di Shah Alam?

Setahu saya, dulu semasa zaman Shah Alam di bawah BN-UMNO yang jahat, Shah Alam ini ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebagai bandar Melayu-Islam, untuk dihuni oleh orang-orang Islam dan mengenakan berbagai-bagai sekatan terhadap aktiviti-aktiviti maksiat dan aktiviti sebegini.

Tapi sekarang di bawah Kerajaan yang mana PAS menjadi sekutu, begini ceritanya. Pulak lagi Ahli Parlimennya ialah orang PAS juga, Khalid Samad. Apakah PAS tak kesah yang mungkin ada anak-anak muda dari UITM Shah Alam atau UniSel Shah Alam atau PTPl dan sebagainya yang mungkin murtad akibat pembenaran aktiviti dakyah Kristian ini? Ada ulasan lain di sini.

Atau adakah PAS sekarang memegang prinsip samarata, iaitu jika orang Islam boleh berdakwah dengan bukan Islam, maka orang bukan Islam juga boleh berdakwah dengan orang Islam. Ini adalah prinsip DAP. PAS juga sudah tukar prinsip kah? Boleh terangkan.

Bangsat sangatkah orang Islam Shah Alam sekarang sampai redha dengan benda-benda begini. Atau adakah undi lebih penting dari segalanya?

Atau mungkin akan ada yang kata "Lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!".

Ko guano?